dia yang telah pergi meninggalkan dunia yang penuh kepura-puraan...
terasa rindu padanya....
ketika mula-mula mendapat mesej tentang ketiadaannya...
terasa tidak percaya...
kerana dia sebaya dengan saya...
masih ada lagi mesej yang saya hantar kepadanya....
beberapa bulan sebelum ketiadaannya...
air mata mengalir...
kenapa saya begitu teringat padanya...
kerana dia dan saya begitu dekat terasa...
kerana dia tahu banyak mengenai diri saya...
kisah cinta...
kisah suka duka...
dia antara sahabat yang sering ingat pada saya...
hari raya pasti tidak lupa bertandang....
ayat yang paling saya tak boleh lupa....
selepas dia balik dari berkunjung ke rumah saya...
pada hari raya tahun 2009...
dia menelefon saya....
'alamak...lupa pulak nak bagi duit raya kat anak2'
saya jawab....
'ala...takpe...hari raya lain kali boleh bagi...'
rupa2nya...
itulah kali terakhir saya bertemu dengannya....
gelak tawanya...
senyumannya yang sampai ke telinga...
memang tak boleh lupa...
sesekali...
bila saya terasa sedih dan berduka...
memang saya akan teringat padanya...
kerana hidup mati...
tidak boleh dijangka...
hidup ini terlalu singkat...
untuk disia-siakan dengan perkara yang menyedihkan...
terlalu banyak masa dibuang untuk perkara yang sia-sia...
saya harap dia tenang di sana...
kerana dia seorang yang baik...
sahabat yang akan saya ingati sampai bila-bila...
kenangan bersama takkan dilupa...
tambah teringat bila mati itu tidak mengenal usia...
dan juga siapa kita....
Ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.....
No comments:
Post a Comment