Setelah sekian lama baru terasa untuk menulis kembali.
Ye, sekadar untuk meluahkan rasa hati. Banyak perkara yang dilalui akhir-akhir ini. Sampai Amazfit pun bagitau tengah stress. Haha.. Memang pun. Doa setiap kali lepas solat tu memang tak tinggal untuk anak-anak. Siapalah si Ibu ini yang cuma hambaNya yang lemah. Hanya mampu meminta-minta tanpa syarat kepadaNya. Merayu, merintih. Mengharapkan dengan sungguh-sungguh Dia memperkenankan doa seorang Ibu yang sangat penat berjuang demi kelangsungan hidup anak-anak. Hanya dia yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati ini yang paling dalam.
Terkesan dengan video Tik Tok Nelofar. Dia kata doa minta gedik-gedik dengan Allah. Betul juga tu. Jangan malu-malu untuk meminta kepadaNya. Siapalah kita ni. Tiada apa pada kita ni. Segala harta, ilmu, anak-anak, semuanya MilikNya. Pinjaman daripadaNya. Amanah untuk kita. Bagaimana kita menjaga amanah yang diberikan olehNya. Itu yang saya suka bila tengok Tik Tok ni.
Selain itu, baru-baru ni kecoh mengenai kes hilang ketika mendaki bukit. Saya dulu 2 kali jugaklah sempat mendaki bukit ni. Kalau difikirkan sekarang, memang tabiklah pada diri yang dulu. Dengan takde persediaan, terus redah. Trans Gopeng sekali dan lagi satu dah lupa. Memang tak leh nak tolak badan ke atas. Haha, siap kena tolak lagi. Tapi takpelah, dah selamat tiba dan masih hidup sampai ke hari ini. Ok berbalik semula pada cerita awal tadi, saya tengok dekat Tik Tok jugak. Yang ni pasal cerita Umai yang pernah hilang 17 hari rasanya. Apa yang lekat dalam kepala saya mengenai ayah Umai. Dia kata bila dia sebut redha melepaskan Umai, terus Umai ditemui. Sebelum tu ayah Umai macam berkeras, Umai mesti balik (rasanya macam ni lah, kalau tak betul saya edit). Tapi di saat dia redha, Allah bukakan jalan untuk nya.
Begitulah dengan saya, saya dah redha dengan keputusan anak saya. Saya memang berserah 100% kepada Allah. Di samping dah usaha, walaupun saya tak pasti adakah usaha saya ni dah full to the max, tapi otak ni memang tak fikir perkara lain. Fikir tentang dia sahaja. Saya tenang. Cuba sedekah, niat untuk dia. Doa macam-macam supaya Allah mengasihani anak saya yang telah menghadapi pelbagai dugaan dari kecik lagi. Supaya Allah berikan kegembiraan kepada dia di atas segala kesedihan yang telah dia alami selama ini. Dan macam-macam doa lagi saya sebut. Di mana-mana sahaja saya sebut. Dalam kelas, dalam kereta. Doa tu macam menari-nari di bibir. Kita kan boleh minta kepadaNya bila-bila masa sahaja. Allah yang Maha Mengetahui.
Dan Alhamdulillah syukur nikmat Allah yang tidak terhingga. Hadiah hari lahir saya yang paling manis. Allah beri keputusan berjaya untuk penempatan pengajian anak saya. Kursus yang dia minat. Tempat yang strategik. InsyaAllah dapat ringankan beban saya.
Allah Maha Baik. Allah Maha Baik.
Dia tau saya tengah susah. Dia tahu hati saya berat. Dia tahu beban yang saya terima. Allah beri yang tepat kepada kami. InsyaAllah. Semuanya dengan izinNya yang Maha Kuasa.
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
InsyaAllah peluang yang telah Allah berikan ini akan diberikan yang terbaik oleh anak saya. Saya tidak mampu mengundur perkara yang telah berlalu. Terlalu banyak perkara yang ingin saya betulkan kembali. Tapi saya kena redha. Tidak ada perkara yang telah terjadi itu tanpa izinNya. Saya cuba. Tapi.....
InsyaAllah. Selepas ini saya akan terus bercerita di sini. Supaya dapat meluahkan rasa terbuku di hati yang berat ini.
InsyaAllah
