Sunday, February 17, 2013

HARI PERTAMA : Renovation Rumah

Seperti yang diminta..
proses renovasi rumah dimulakan pada hari Ahad...hehe.....usah ditanya kenapa...

hari ni pulak besday yg ke 34 suami tersayang...so...mulakan sesuatu yang baik pada hari yang  baik dan mempunyai erti yang mendalam....semoga segala2nya ini sentiasa ada keberkatan disebaliknya....itu yang dikejar dan didamba selayak-layaknya....

pukul 330 petang...lebih kurang.....
bersama2 mama, kimi, faris, aira...
menuju ke rumah baru...

dalam perjalanan...
dijadikan cerita dan takdir yang tersurat....
pekerja telefon...

elektrik takde.....

owh rasa bersalah sgt...
kesian orang nak buat kerja kat rumah kita.....nak bagi cantik rumah...
tergendala kerjanya disebabkan elektrik tak ada...

dah mula serabut memikir....
dan membuang masa sahaja hari ni....
kesian rugi dia nak bayar gaji pekerja....

sampai2 je...

cuba sedaya upaya....
usaha dan tawakkal kepadaNya....
minta supaya dipermudahkan urusan...

akhirnya 4.46 petang saya telefon tnb....
15454...hotline....

itu ini itu ini...
dia minta alamat rumah...
skali xtau pulak alamat sendiri.....
rezeki....
sebab hari jumaat tu pekerja minta alamat....
so dapat la saya beri alamat yang lengkap semasa buat laporan...

pukul 6.15 petang....
alhamdulillah juruteknik tnb datang....
syukur kerana ada kesilapan dari pihak developer dibantu oleh mereka....
ada baiknya saya mengupah Am ni..sebab dia sudah biasa dengan pihak berkuasa.....
semuanya telah ditentukan dengan cantik dan baik olehNya...

maka selesailah episod hari pertama proses mengubah suai hari pertama....

menyesal pulak tak sempat ambil gambar tadi...
sebab esok progress mesti cepat dan pantas....

saya doa dan minta pada yang esa supaya segalanya dipermudahkan selepas ini....amin....

ps: esok mula bersekolah selepas seminggu bercuti....caiyok!!!!

Friday, February 15, 2013

Permulaan yang baik

mengambil keberkatan hari jumaat...
setelah meminta pada yang Esa....
hari ini saya memulakan langkah pertama untuk mengubah suai rumah...

dah jumpa dengan tukang rumah..

mengharapkan yang terbaik daripada mereka....

semoga hasil kerja mengembirakan saya...

amin.....