WELCOME


Saturday, May 15, 2021

BURNOUT...

Apa itu burnout?

Saya ambil dari FB KKM...ia membawa maksud....Keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan.
Situasi ini terjadi apabila diri diselubungi kesedihan dan tidak dapat memenuhi keperluan diri atau terlalu banyak tekanan kerja dalam jangkamasa yang amat panjang.

Sebelum 'Burnout' ni terjadi kepada diri sendiri...kita takkan faham bagaimana rasanya...
sekadar baca sahaja info yang ada di media sosial. Sekali lalu sahaja di mata, tapi tak meresap ke dalam jiwa. Akan tetapi....ha...bila dah kena sekali hari tu....fuh....memang dekat seminggu dok menangis jer...sebenarnya rasa burnout tu sampai ke hari ini masih belum hilang lagi...lebih kepada kecewa sebenarnya. Dan memang ketiga-tiga tanda burnout tu ada...saya yang tak pernah sinikal...tetiba jadi terlalu sinis kepada semua orang...tak pasal-pasal kan?

Setelah mengalami episod burnout yang lalu, ada banyak perkara yang saya belajar.
  1. Jangan sibuk-sibuk kalau bukan kerja kita. (Masa tu sayalah yang bagus sangat offer diri untuk tolong buat sesuatu kerja ni. Niat memang baik tapi kita kena tengok kemampuan diri kita sendiri macam mana. Tambah-tambah umur makin muda kan?
  2. Belajar untuk 'SAY NO'. Saya ni jenis suka cabar diri sendiri. Bila diberi tugasan yang mencabar rasa, YES I CAN DO IT!!!! Zaman single takde komitmen boleh lah yer. Masa sekarang ni bila semua perkara atas batu jemala patik, rasanya kena slowly tolak permintaan orang lain. Jaga hati kita dulu..Kalau bukan kita, siapa? Orang lain tak faham apa yang kita rasa. Mungkin di mata mereka tu kita nampak gagah perkasa.
Dua perkara tu pun dah memberi impak yang sangat besar. Lepas kejadian itu, saya lebih berhati-hati dan sentiasa fikirkan kemampuan diri.

Mula-mula rasa susah sangat nak say no...sebab motto saya...sentiasa tolong orang selalu..NULLI SECUNDUS...gituh.....haha...tapi lepas dua tiga kali saya rasa ok jer tolak permintaan orang...

Sebab keperluan untuk jaga kesihatan itu yang utama. Saya masih ada keluarga untuk dijaga. Apa yang lebih penting kita perlu sihat untuk mereka. Semoga saya lebih berhati-hati selepas ini.

InsyaAllah, setiap perkara yang berlaku itu pasti ada hikmah nya...YAKIN...tidak ada satu perkara pun yang berlaku itu ALLAH jadikannya sia-sia...Walaupun sehelai daun yang gugur ke bumi. Semua itu dengan izin Allah dan ada hikmahnya.

Saya masih dalam proses recovery. Jangan pandang mudah yer BURNOUT ni. Walaupun dah hampir 3bulan berlalu, tapi saya masih lemah. Kerajinan tak seperti dulu.

Tapi yelah sampai bila nak melayan perasaan sangat, kan? Cuba, doa sentiasa agar diberikan kekuatan dan semangat untuk kembali beraksi seperti sebelum ni. Youtube pun dah banyak sawang...Dah beberapa kali ditolak subscribers..aish..memang takleh jadi sungguh la...

Jom mulakan hidup baru. Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan.

#menantipelangi
#ubahdiriubahperibadi
#kitajagadirikita

BURNOUT...

Apa itu burnout? Saya ambil dari FB KKM...ia membawa maksud....Keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berl...