Saturday, May 12, 2012

Hari Keluarga SKSS 2012....

Hari Keluarga SK Seri Selangor 2012

Hari nie selesai sudah hari keluarga SKSS....
alhamdulillah...
walaupun agak panas tadi...
semua memberikan kerjasama dengan baik....
start dari sarapan....
(yang ni kerjasama paling baik...hehe)
sampai la time makan tengahari...(yang ni pun sama....hehe)

kesimpulan yang saya buat...

JUST DO IT!!!

kalau AJK kelab guru tahun nie...
tak meneruskan apa yang dirancang...
sampai bila2 pun takkan berlakunya aktiviti hari ini...

seronokkah saya tadi???

hmmm.......

seronok....

tapi akan lebih seronok jika semua guru2 ada hari nie....

kalau buat tepi pantai lagi best....

tapi yelah....
kalau nak tunggu semua tue...
takkan jadi lah hari keluarga hari nie....

sedikit cerita disebalik hari keluarga SKSS....

guru-guru dibahagikan kepada 6 kumpulan

UNGU
 KUNING
HIJAU
MERAH
BIRU
OREN


ada 6 acara.....

1. isi air dalam botol
2. terompah gergasi
3. sambut dan baling belon air
4. sepak dan gol
5. baling tin dengan bola tenis
6. boling buah kelapa...

saya dalam kumpulan hijau...
walaupun kami hanya ada 6 orang sahaja...
tapi acara2 yang dipertandingkan tidaklah sesukar mana....
boleh la masuk ke enam-enam acara....

selepas dicampur2 markah....

kumpulan hijau mendapat....

tempat kedua.....

hadiahnya sama je semua orang dapat....
hamper yang telah di kongsi-kongsi beli....

kesimpulan lagi....

apa jua perancangan yang dibuat....
perlu ada kerjasama daripada semua pihak....
kerana kita kena ingat...
mereka semua seperti kita....
mengharapkan yang terbaik....
setelah berusaha....

kerana kita semua adalah sama....
seorang manusia.....
yang tidak jemu daripada  membuat kesilapan...
tetapi belajar daripadanya...
dan berusaha untuk menjadi lebih baik pada masa yang akan datang.....

Bersatu kita bersatu...dengan setia berganding bahu......
 







2 comments: