WELCOME


Tuesday, November 29, 2016

Cabaran Diet : Day 1

Assalamualaikum....

Selamat pagi....😘😘😘

Bersiaran pagi ini setelah sekian lama dari SJKC Serdang 1, nak ambil peranti VLE Frog 🐸 katanya...

Walau apa pun dah selamat sampai di sini...tak mengapa sampai awal...alhamdulillah 😁😁😁
Tahun ini matlamat hampir tercapai...Goyah di saat akhir sebab tak buat persiapan awal...Salahkan diri sendiri ye...Hmm...tahun hadapan matlamat mudah je...Nak jadi RAJIN...Cukup jika tercapainya matlamat ini maka akan mudah lah segala urusan nanti...Insya Allah...

Okeh...

Terus kepada tajuk kita hari ini....

CABARAN DIET!!!

Sudah berkurun perkataan ini disebut-sebut...dipanggil-panggil...namun peratus kejayaannya hanyalah sebanyak 10% sahaja....

1. Kurus selepas MRSM sebab nak masuk matrik~ berat 60 kg😊
2. Kurus semasa 3 bulan praktikum sebab nak kahwin ~ berat 65πŸ€—
3. Kurus sebab minum Herbalife ~ berat 85 ( terus mengandungkqn AiraπŸ˜†)
3. Kurus sikit after gaining so much weight after delivered Aira ~ berat 85

Ha...itu sajalah sejarah kurus...berat sekarang ni tak payah nak story...berhuhu lah jawabnya...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sebab kenapa tak istiqomah untuk kurus ialah stress...betul tak? Sebab stress akan menyebabkan terhasilnya hormon yang menyebabkan badan susah nak kurus...macamana nak hilangkan stress? Kalau ikut pada pemahaman dan pembacaan melalui buku dan internet, kena banyakkan exercise...sebab hormon-hormon 'gembira' akan dirembeskan..Hmm...πŸ€”πŸ€”πŸ€”...tau tapi tak buat...macam mana tu...

Hopefully hari ini bertepatan dengan Cabaran Diet : Day 1...saya akan memulakan aktiviti senaman selama 30 minit...zumba ke...cycling ke...tak kisah...asalkan mengeluarkan peluh...mungkin boleh ajak semua anak-anak sekali..:biar satu famaily sihat...betul tak?...

Ok....

Cukup cerita mengenai KURUS

Wednesday, August 10, 2016

Blog Bersawang!!!!

Assalamualaikum.....

Setelah sekian lama...terpaksa buka blog hari ni...
Sebabnya 'Cikgu Nida' nak ajar murid-murid tahun 5 membuat BLOG...

Alhamdulillah...

Setelah cuti bersalin selama 3 bulan....
Hari ini merupakan hari kedua bertugas di sekolah...
Setakat ini semuanya berjalan dengan baik...
Syukur...
Aina pun ok di taska...
Cuma Ibu kena kerja keras sedikit sebab kena perah susu...
Harap-harap kali ini rezeki Aina melimpah ruah...
Ibu diberi kekuatan untuk menjaga keempat-empat anak ibu...
Semoga semuanya sihat dan selamat dalam jagaan ibu...

InsyaAllah...
Anak-anak ibu merupakan 'priority' dalam doa selepas ma dan abah ibu...
Tiada apa yang lebih penting selain daripada anak-anak...
Syukur kerana diberi peluang untuk mengandung dan melahirkan anak...

'Nikmat tuhan yang manakah kau dustakan?'

Memang tak ternilai nikmat yang Allah berikan....

Syukur...syukur...syukur...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam...

Semoga hari ini membuka lembaran baru buat ibu...

Kerana ibu suka menulis...

Semoga ibu istiqomah kali ini....:D

Sehingga di lain masa...

Jumpa lagi...
InsyaAllah...

#perlubelajarsemula
#senyumlahselalu

BURNOUT...

Apa itu burnout? Saya ambil dari FB KKM...ia membawa maksud....Keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berl...